PELUANG PENDAPATAN|PERNIAGAAN|DUIT SAMPINGAN

Salam sejahtera dan selamat datang ke blog ini. Zaman semua perkara memerlukan duit,sampai nak buang air pun kena bayar duit. Di mana-mana orang bercerita pasal duit. Harga barang naik-duit lagi, minyak naik- duit lagi dan macam2 lagi.
‘So’,berduyun2 la orang datang dengan ‘solution’ masing-masing. Skim pelaburan la,pyramid la,skim cepat kaya,panduan buat duit la,cara itu,cara ini. Kad-kad ‘ah long’ jangan cakap la. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kad2 ni terselit di pintu pagar rumah saya.Macam2 warna dan gaya nak menarik orang2 yang tersepit.
Saya lebih minat untuk bercerita tentang 9 dari 10 pendapatan dalam dunia ni. Apa dia? Perniagaan..Cita2 saya dulu nak jadi ahli perniagaan berjaya. Tapi sekarang jadi tukang taip kod2/perkataan yang saya sendiri pun tak tau maknanya.
3 perniagaan yang paling menguntungkan dan melahirkan ramai jutawan masa ni : 1)Perniagaan Internet 2) Insuran 3) MLM (Multilevel Marketing)
Saya akan ceritakan salah 1 antara perniagaan tu yang saya dah ceburi dan peluang untuk anda juga ceburi pada ‘posting’ seterusnya. Cukup la setakat ni dulu untuk kali ni.

Salam perkenalan & jumpa lagi…